MENGENAL INDAHNYA ISLAM...

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه أجمعين

Thursday, 27 December 2007

~ Siapalah aku di sisi Ilahi ~

بسم الله الرحمن الرحيم

Tiap kali berbicara dengan Mu, Tuhan
Itulah doa tulus qudus ku pada Mu
Tiap kali mengingati ujian dari Mu, ya Illahi
Mekar kasih Mu menghimbau jiwaku

Itulah motivasi dan inspirasi keimanan
Tidak dapat dibeli dengan wang dolar
Tidak dapat dipajak dengan emas permata
Hanya yang merasai mengalaminya
Pasti tahu, pasti rasa kemanisannya

Tiap kali dilanda bala' ujian
Hanya ni'mat sabar bakal ditempuhi
Fikiran positif dan inovatif
Tiada prasangka buruk pada Ilahi
Apalagi yang kita mahukan
Memang kehidupan itu satu ujian
Terkadang alpa, lalai dan lupa diri

Secubit ujian yang diberi
Sebenarnya beriringan dengan ni'mat yang banyak
Memang diri ini tak layak
Untuk menolak apa yang ditentukanNya
Jangan sombong, jangan bongkak
Kita tiada pilihan menerima apa seadanya
Kita tiada pilihan selain terus bersabar
Hanya dengan doa dan kelembutan
Akan cairlah sebuah hati yang keras
Akan mengalirlah airmata yang gersang
Bila kita rasa betapa hinanya diri
Tersungkur sujud dihujung malam

Al faqir ilallah

Tuesday, 25 December 2007

~ Rintihan dari Insan yang Dha'if~

بسم الله الرحمن الرحيم

Subhanallah, Ya Allah
Kehebatan dan kebesaranMu menggetarkan imanku
Subhanallah, Ya Allah
KebijaksanaanMu menggegarkan qalbuku

Subhanallah, Ya Allah
Maha Mengetahui Engkau akan segala suatu kehidupan ini
Semuanya terkandung hikmah, rahmat, maslahat serta ni'mat
berhimpun semuanya dalam syari'atMu

Ya Allah Ya Wahhab
Karuniakanlah aku ilmu untuk menyingkap segala hikmah kehidupan ini

Ya Allah Ya Aleem
Berikanlah aku hikmah untuk memahami kalamMu Al-Qur'an al-Kareem

Ya Allah Ya Rahmaan Ya Raheem
Jadikanlah aku di antara hambaMu yang memuji dan bersyukur kepadaMu
Tiap detik, tiap masa, bahkan setiap hela hembusan nafasku

Ya Robb, bila rasanya diri ini kurang bersyukur
Malunya aku ini Ya Robb
Menggunakan tiap ni'matMu dengan percuma, tiada bayaran tiada tuntutan

Subhanallah, Ya Allah
Indahnya hidup bila berinteraksi dengan ilmuMu
Bahagianya ruh bila berbicara dengan kalamMu
Lembutnya hati bila dibasahi airmata keinsafan
Girangnya perasaan bila diulit tazkiyyah tazkirah

Subhanallah, Ya Allah
Semuanya sukar untuk digambarkan melalui tulisan mahupun lukisan
Hanya luahan dan rintihan perasaan ini
Jiwa kerdil ini mengharap rahmatMu
Diberi perhatian dengan ujian dan cubaan
Hamba yang fakir yang selalu berhajat padaMu
Agar diri ini dididik agar terus bergantung harapan
Agar geraf iman taqwaku menjulang menggapai
KeredhaanMu, insya Allah.
Ya Allah Ya Arhamar rohimeen
Irhamnie....Irhamnie....

Wal hamdulillahi Robbil'alameen

14 Zulhijjah 1428/22 Dec 07


Friday, 21 December 2007

~Zikir, Al-Qur'an Jernih Hati Mukmin~

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT. Artikel ini adalah di antara artikel yang paling memberi kesan pada jiwa kerdil saya. Hati saya tersentuh, Iman saya terusik. Subhanallah. Hati orang mukmin terlalu istimewa, kerana di situlah jatuhnya pandangan Allah. Terima kasih kepada Ustaz Juanda Jaya, maka itu saya ingin sekali berkongsi kebaikanya agar dapat meningkatkan iman dan taqwa kita dan semoga beroleh manfaat, insya Allah.
-----------------------------------

Zikir, Al-Quran jernih hati mukmin
Tajdid Iman : Dr Juanda Jaya

KETIKA berada di bawah tekanan yang menyempitkan dada, lazimnya fikiran akan bercelaru, jiwa tergoncang dan tiada yang menyelimuti perasaan melainkan kesedihan dan putus asa. Tekanan kehidupan silih berganti merempuh jiwa.
Kadang-kadang ia menyebabkan kita menjadi hilang kawalan, sekali gus hilang keimanan. Begitulah ujian yang menyebabkan matinya hati, kerasnya jiwa dan tawarnya perasaan. Satu langkah untuk menghidupkan kembali hati yang tercedera adalah dengan menyahut seruan Allah dan Rasul-Nya.

Satu resipi daripada al-Quran yang agung, firman Allah bermaksud:
“Wahai orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kalian kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepada kalian, dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya.” (Surah Al-Anfal, ayat 24)

Hati memerlukan makanan yang paling berkhasiat supaya tetap bertenaga melawan nafsu syahwat yang mengganggunya. Menyahut seruan Allah dan Rasul bermakna berada dalam ikatan Allah dan Rasul-Nya di mana saja berada. Dalam keadaan sibuk atau senang, dengan langkah kaki yang berat atau ringan, hati yang benci atau suka, namun tetap menyahut seruan Allah dengan taat dan setia. Kadang-kadang kita mesti memaksa diri untuk melawan hasrat nafsu. Sebelum kejahatan itu berubah menjadi amalan harian dan kebiasaan buruk susah ditinggalkan.

Menyahut seruan Allah mampu menghidupkan hati. Sesungguhnya manusia sentiasa mengalami kematian dan hidup semula. Iaitu ketika hati mereka mati kemudian disimbah cahaya iman sehingga ia hidup kembali. Keadaan ini berulang-ulang dialami setiap insan. Bagaimana mungkin ia tidak sedar ketika hatinya mengalami sakaratul maut? Untuk itu, Al-Quran mengajarkan kita sentiasa bermohon kepada Allah supaya hati tidak tersesat dan mati berulang kali.

Allah berfirman bermaksud:
“Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan selepas Engkau beri petunjuk kepada kami.” (Surah Ali Imran, ayat 8)

Jika orang beriman melakukan maksiat kepada Allah ataupun kejahatan kepada sesama manusia, dia berasa seolah-olah berlaku suatu kesempitan yang menekan dalam hatinya dan kesakitan adalah seperti mana sakitnya merasai sakaratul maut. Kulitnya berpeluh dan pucat, takut balasan seksa Allah . Adakah ia akan dibalas langsung di dunia ataupun disimpan hingga di akhirat untuk menjadi bakaran api neraka. Dosa itu menghantuinya ke mana saja dia pergi.

Begitu juga sebaliknya jika seseorang dalam keadaan beribadat dan taat kepada Allah serta berbuat baik kepada sesamanya, hatinya terasa lapang, wajahnya ceria, tutur katanya menyenangkan hati sesiapa yang mendengar, akalnya bertambah tajam, bijak dan luas pandangan.

Seperti sabda Baginda bermaksud:
“Jika cahaya masuk ke dalam hati, maka ia akan menjadi terang dan luas. Mereka bertanya: Apakah tanda-tandanya, wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Mendekatkan diri kepada negeri yang abadi (akhirat), menjauhkan diri daripada negeri yang pasti hancur (dunia) serta mempersiapkan diri untuk mati sebelum ia datang.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Hidupnya hati berkait rapat dengan ingatan kita kepada akhirat. Ramai orang yang ingat akhirat, tetapi berapa ramai yang ingat dan bersiap-siap berangkat menuju ke sana? Ada pula orang yang terlalu ghairah hendak pergi ke sana hingga apa saja yang ada di dunia ini adalah umpama syaitan dan musuh bagi dirinya.
Isteri diabaikan dan anak yang menjadi amanah dibiarkan macam syaitan. Kerjaya dan harta dilupakan kerana terlalu tekun memegang idealisme yang kononnya daripada agama, padahal dia tersesat dan mabuk oleh zikir yang membenci dunia.

Padahal agama adalah rahmat bagi seluruh dunia. Jika penganut agama ini tidak difungsikan sebagai pentadbir dunia, maka dia akan dibinasakan oleh penguasa bersifat duniawi. Maknanya mereka membiarkan orang kafir meneraju setiap bidang kehidupan, sementara orang Islam menjadi tawanan abdinya. Semua ini bukan ajaran Baginda. Mereka yang berfahaman sebegini sebenarnya tidak mengerti mengenai Islam.

Mencari bekal akhirat tidak bermakna membenci dunia. Kita hanya membenci kekufuran dan apa saja yang menuju ke arah itu. Jika dunia dijalani dengan penuh tanggungjawab keimanan, maka tiada masalah bagi orang Islam untuk menjadi manusia terkaya dan terhebat mentadbir dunia. Duduk bersama orang kafir, tetapi sama sekali tidak terpengaruh ajakan kufur mereka. Begitulah sifat orang yang hatinya hidup. Terang dan luas seperti sabda Baginda SAW. Tiada tekanan yang menjejaskan imannya. Jika ia wujud sekalipun, ia hanyalah kerikil tajam yang mustahil mematikan hatinya.

Oleh itu, dia amat memerhatikan kesejahteraan hati. Jika ada tempat paling tinggi dan mahal harganya, suci lagi diagungkan, itulah hati nurani sendiri. Dia amat mencintai hatinya. Setiap hari hatinya sentiasa disentuh dengan kelembutan ilmu dan pengabdian diri kepada Allah .

Dia tidak akan membiarkan hatinya kekeringan hidayah dan petunjuk daripada Allah , jauh sekali membiarkannya mati oleh kefasikan dan maksiat. Hati orang mukmin terlalu istimewa, kerana di situlah jatuhnya pandangan Allah . Baik dan buruk seseorang bergantung kepada hati kerana ia adalah cerminan amal perbuatannya.

Proses menghidupkan hati memerlukan pengorbanan sepanjang hayat. Satu langkah lagi untuk menghidupkan hati adalah dengan menyalakan cahaya Al-Quran dalam diri kita. Kedekatan seorang mukmin kepada al-Quran bergantung dengan kesungguhannya melalui pelbagai ujian kenaikan tingkatan keimanan. Tangga pertama harus dilalui dengan belajar membaca. Disebabkan cintakan al-Quran dia rela meninggalkan kesenangan dan hiburan yang melalaikan.

Tangga pertama ini tidak dapat didaki dalam masa sehari, ada yang sudah 10 tahun membiasakan diri membaca satu juzuk selepas subuh, tetapi selepas zaman berubah dia pun lalai dan sedikit demi sedikit meninggalkan al-Quran hingga akhirnya tidak sempat menyentuhnya walaupun sesaat.

Tangga kedua yang harus didaki untuk sampai ke puncak al-Quran adalah tangga kajian, seterusnya tangga amalan dan akhir sekali tangga memperjuangkan mesej al-Quran.

Namun, kita tidak nafikan ramai yang terjatuh dan kembali mendaki. Ada pula yang tidak perasan sesungguhnya dia sudah lama berada pada tangga paling bawah saja. Dia tidak sedar cahaya al-Quran yang menghidupkan hati itu hanya dapat diperoleh dengan mencapai keseluruhan tangga-tangga hingga ke puncaknya.

Al-Imam Ibnu Al-Qayyim berkata dalam Al-Fawaid:

“Carilah hatimu di tiga medan, ketika anda membaca al-Quran, ketika berada dalam majlis zikir (ilmu) dan pada saat berkhulwah menyendiri. Jika anda tidak menemukannya dalam tiga medan ini, maka mintalah kepada Allah supaya memberikan kamu hati kerana sesungguhnya anda tidak memiliki hati!”

- Penulis ialah pendakwah dari Sarawak dan boleh dihubungi melalui juanda@kutpm.edu.my
======================

Sunday, 16 December 2007

~Beramal Dengan Hadits Dha'if, Maudhu'?

بسم الله الرحمن الرحيم

Ketika saya meneliti dan menelaah kitab ‘Silsilah Hadits Dha’if dan Maudhu’ tulisan Muhammad Nashiruddin Al-Albani, saya amat terkejut kerana ada beberapa amalan saya yang diperjuangkan bertahun-tahun sebelum ini termasuk dalam amalan hadits yang tidak ada sumbernya malah amalan tersebut bertentangan dgn sunnah Nabi Shallallahu'alaihi wa sallam pula. Subhanallah! Malu saya beramal dengan amalan yang tidak mendapat pengiktiraf Nabi Saw. Namun saya amat bersyukur pada Allah Ta'ala kerana telah menunjukkan jalanNya. Masih belum terlambat untuk melepaskan segala amalan-amalan yang tiada sumber apalagi bertentang dengan sunnah Rasulullah. Alhamdulillah.

Di sini ingin saya berkongsi apa yang saya dapati hasil dari pembacaan ke atas kitab tersebut. Sudah menjadi kelaziman kita untuk memetik ucapan dan sabda Baginda saw tanpa memeriksa terlebih dahulu, dalam penyampaian kita, ceramah-ceramah kita, apalagi kalau kita menjadikan ia sebagai amalan yang kita anggap berdasarkan hadits sahih yang bersumberkan dari Nabi Muhammad Saw. Malah kita seronok meuwar-uwarkan nya pula.

1) “Bulan Ramadhan tergantung antara langit dan bumi, tidak diangkat ke hadirat Allah kecuali oleh zakat fitrah.” – Ibnul Jauzi meriwayatkannya sebagai Hadits dha’if. (lemah)

2) “Perselisihan di antara umatku adalah rahmat” – Hadits ini tidak ada sumbernya. Hadits ini tidak dikenal di kalangan para pakar hadits dan penulis pun tidak menjumpai sanadnya yang sahih, dhaif ataupun maudhu’. Barangkali ini termasuk sederetan ucapan yang paling merusak dan membawa bencana. Bila perselisihan dan pertentangan itu merupakan rahmat, pastilah kesepakatan dan kerukunan itu merupakan kutukan. Ini tidak mungkin akan diucapkan apalagi diyakini oleh kaum muslimin yang berpikir tenang dan teliti. Masalahnya, hanya dua alternatif, yakni bersepakat atau berselisih, yang berarti rahmat atau kutukan (kemurkaan).

3) “Barangsiapa mengenal dirinya, berarti ia telah mengenal Tuhannya.” – Hadits ini tidak ada sumbernya oleh Imam Nawawi. Ibnu Taimiyah menyatakan hadits ini maudhu’. Yang jelas,ia termasuk israiliyat yang isinya antara lain, “Wahai manusia, kenalilah dirimu, maka engkau akan mengenal Tuhanmu.”

4) “Sesungguhnya segala sesuatu mempunyai jantung, sedangkan jantung Al-Qur’an adalah surat Yasin. Barangsiapa membacanya, seperti ia membaca Al-Qur’an sepuluh kali.” – Hadits ini maudhu (palsu) dinyatakan majoriti pakar hadits.

5) “Barangsiapa yang membaca surat al-Waqi’ah setiap malam, maka ia tidak akan ditimpa kefakiran selama-lamanya.” – Hadits ini dhaif. Dan ada beberapa hadits yang berkaitan dengan membaca surah Al-Waqi’ah dikategori sebagai hadits maudhu’.

6) “Barangsiapa berpegang teguh kepada sunnahku pada saat kerusakan melanda umatku, maka baginya pahala seperti pahala seratus syahid.” – Hadits ini sangat dhaif

7) “Tidak ada yang lebih utama bagi seorang hamba yang ditinggalkannya bagi keluarganya ketika beranjak pergi (safar) daripada dua rakkat yang dilakukannya di rumah.” – Hadits ini dhaif. Yang sangat mengherankan penulis (Al-Albani), yaitu Imam Nawawi yang berdasarkan hadits di atas menyatakan disunnahkannya bagi seorang musafir untuk solat dua rakaat sebelum keluar rumah. Jelas pernyataan tersebut perlu ditinjau kembali, sebab meng-istihhab-kan (mensunnahkan) suatu hukum syariat tidaklah dibenarkan dengan bersandar pada hadits dhaif. Bila ada, ini adalah pentasyri’an baru dalam agama, dikeranakan sebelumnya belum pernah dilakukan oleh para sahabat ataupun tabi’in maupun tabi’ut tabi’in.

8) “Tuntutlah ilmu sekalipun ke negeri China.” - Susunan dari hadits ini adalah sangat dhaif atau bahkan sampai pada derajat batil.

9) “Cintailah bangsa Arab kerana tiga hal. Kerana aku orang Arab, kerana Al-Qur’an berbahasa Arab, dan kerana bahasa penghuni surga adalah bahasa Aab.” - Hadits ini maudhu’.

Kesan negative dari hadits-hadits maudhu’ dan dhaif ini adalah ia akan mengilhami manusia untuk mengamalkannya demi mendapatkan pahala tanpa menghiraukan apakah hadits itu sahih, dhaif ataupun maudhu’. Kerana salah satu hasilnya adalah munculnya sikap meremehkan (menganggap mudah) hadits di kalangan kaum muslimin, kalangan ulama, penceramah, maupun ustaz dalam meriwayatkan dan mengungkapkan hadits Rasulullah saw. Padahal, ini bertentangan dengan hadits Nabi saw yang sahih: “Barangsiapa dengan sengaja berdusta dalam hadits-haditsku dengan sengaja, hendaklah ia menempatkan dirinya dalam api neraka.”

Cukup sampai di sini beberapa hadits yang dapat saya senaraikan yang terdapat dalam buku tersebut. Malah dalam buku tersebut juga terdapat banyak sekali hadits-hadits dhaif/maudhu’/mungkar yang terdapat di kitab ‘Ihya Ulumuddin’ karangan Imam Al-Ghazali. Oleh itu, hendaklah kita berhati-hati dalam menilai hadits-hadtis tersebut. Sikap berhati-hati itu lebih selamat daripada kita beramal dengan amalan yang tiada sumbernya, sungguh tidak ada bezanya mengamalkan hadits-hadits hukum maupun hadits tentang amalan-amalan yang utama (fadhailul amal) sebab keduanya adalah ajaran syariat. Wallahu ‘alam.

Ini baru jilid satu yang mengandungi 500 silsilah hadits dhaif dan maudhu.
Ada 3 jilid lagi menunggu giliran!.

Friday, 14 December 2007

~ Bekalan ~



Tempat yang paling dibanggakan di dunia adalah yang mempunyai penerangan dan sebaik-baik teman duduk sepanjang masa adalah buku.

-----------------------------



Jadikan membaca hiburan anda, buku teman sejati anda dan ilmu yang bermanfaat sebagai penyelamat kepada diri anda dunia dan akhirat.

-----------------------------

Thursday, 13 December 2007

Esok akan merekah bunga yang harum baunya mengusir segala kesedihan dan menjadi penghibur hati.
-----------------------------------

Apabila kesusahan datang menerpa diri dan kecemasan bertindih-tindih menghimpit anda, ucapkanlah: Laa Ilaaha Illallah.
-----------------------------------

Qalbu yang bersih adalah qalbu yang tidak mengandungi syirik, tipuan, dengki dan iri hati di dalamnya.
-----------------------------------

Monday, 10 December 2007

~ Masya Allah! beautiful reminders ~

Remember Just Remember
By Anonymous

When things are down
And you are out of your mind
Remember just remember

Allah is The Kind.

When your life is in darkness
And nothing is right
Remember just remember

Through the darkness Allah is The Light.

When nothing makes sense
And your heading for demise
Remember just remember

It doesn't make sense, but Allah is The Wise.

When times are troubled
And no one seems to care
Remember just remember

Allah won't hurt you, He is The Fair.

When your heart is breaking
And your pain makes you fall
Remember just remember

Allah Sees it all.

When you are weak
And the road seems long
Remember just remember

Seek strength from The Strong.

When life is a burden
And everything is unstable
Remember just remember

Allah is The Able.

When the way is cloudy
And there is no one by your side
Remember just remember

Allah is The Only Guide.

When no one wants to listen
Or is willing to lend an ear
Remember just remember

Allah is always ready to hear.

When you are poor and penniless
And you are stuck in a niche
Remember just remember

Allah is The Rich.

When you are down in your misery
And there is nowhere to run
Remember just remember

You can always run to The One.

When your all alone
And your pain has no end
Remember just remember

Allah is your Friend.

And when your scars are hurting
And your heart is in fear
Remember just remember

Allah is really here.
======================

Saturday, 8 December 2007

~ Muhasabah ~

Kadang2 kita rasa ujub dengan amalan kita.
Bacalah kisah ini sebagai satu renungan dan pengajaran.

IMAM 'Atha al-Sulami membawa kain tenunannya ke pekan untuk dijual kepada seorang penjual kain. Kain itu satu-satunya hasil tenunannya yang dianggapnya terbaik diantara yang lain, kerana tenunannya telah dikerjakannya dengan tekun dan berhati-hati, dengan sepenuh daya kreativitas. Dia cukup puas hati dengan hasil tenunannya itu.

Penjual kain yang dikunjunginya di pekan itu membolak-balik kainnya itu. "Tuan akan jual kain ini? Berapa harganya?", tanya penjual kain itu.
"Sepatutnya harga kain ini lebih mahal. Tapi aku bersyukur, jika harganya sama dengan harga kain biasa yang pernah engkau beli." jawab 'Atha al-Sulami.

Pekedai kain itu menggeleng-geleng dan tersenyum sumbing.
"Tapi kain ini rendah mutunya. Tenunannya tidak rapi, tidak halus, corak dan warnanya tidak menarik. Ukurannya pun lebih kecil daripada ukuran biasa. Jika tuan tidak percaya ucapan saya, tuan boleh tanya orang lain. Bawalah kain ini kepada penjual kain yang lain."

Imam 'Atha al-Sulami merasa sedih dan kecewa. Dia membisu.
"Bagaimana pun, hamba boleh beli kain ini, tapi dengan harga yang murah sahaja".

Tanpa bertanya tentang harga yang sanggup dibayar oleh penjual itu, pelan-pelan Imam 'Atha al-Sulami melangkah ke luar kedai. Tiba-tiba dia terduduk di warung kaki lima, lalu menangis. Kepalanya yang tertunduk tersengguk-sengguk digoncang oleh sedu-sedan tangisannya itu.

Melihat keadaan itu, tercetus rasa simpati di hati penjual kain, lalu dia segera menghampiri Imam 'Atha al-Sulami.
"Sampai begitu sekali kesedihan tuan? Tadi, hamba berkata benar, mutu kain tuan itu rendah. Rugi hamba kalau membelinya dengan harga biasa. Maafkan hamba".

Imam 'Atha al-Sulami menangis terus, seolah kehadiran penjual itu tidak disadarinya. Penjual kain tertunduk resah.
"Baiklah. Berikan kepadaku kain itu. Aku beli kain itu dengan harga biasa. Aku sanggup membelinya semata-mata kerana aku mahu menyenangkan hati tuan. Aku kasihan melihat keadaan tuan terlalu sedih sampai menangis
begitu rupa. Jika tangisan tuan itu kerana aku, maafkanlah aku..."

"Tidak. Aku sedikit pun tidak merasa kecil hati kepadamu," 'Atha al-Sulami berbicara dengan suara serak. "Malah. Aku bersyukur, kerana tindakaanmu tadi
sungguh-sungguh telah menginsafkan aku".

"Jadi, tuan menangis bukan kerana kecewa kerana menawarkan harga kain itu dengan yang lebih rendah daripada biasa?"

Imam 'Atha al-Sulami mengangguk dalam tangisannya yang berterusan. .
"Kalau begitu, Kenapa tuan menangis?".

"Aku menangis kerana sedih mengingatkan amal ibadatku. Kain hasil tenunanku ini kebetulan ada persamaannya dengan hasil amalan ibadatku selama ini".

"Ajaib. Bertambah ajaib. Bagaimana kain itu ada persamaannya dengan ibadat tuan?"

"Begini. Kain ini aku tenun sebaik-baikya. Seberapa mungkin aku bertekun mengusahakannya supaya mutunya baik. Dan, sebelum ini aku rasa kain ini cukup baik, bahkan lebih baik daripada hasil tenunanku sebelumnya, tidak ada cacat-cederanya. Tetapi sekarang barulah aku sedar, apabila dibawa kepada orang yang pakar dalam hal kain seperti engkau, rupa-rupanya kain ini banyak cacat cederanya, rendah mutunya".

Kepala Imam 'Atha al-Sulami tertunduk kembali, menahan sedu tangisannya. Ternyata, kesan kesedihannya masih ada dikalbunya. Hal ini kentara sekali kepada penjual kain itu.

"Jadi betullah, tuan bersedih dan menangis kerana hamba ...."

"Tidak!". Imam 'Atha al-Sulami cepat memotong cakap penjual kain itu.

"Aku menangis apabila teringat, betapa amal ibadatku dinilai oleh Allah Taala pada hari Kiamat nanti. Selama ini aku berpuas hati dengan amal ibadatku, sebagaimana aku berpuas hati dengan hasil tenunanku ini. Allah Taala yang Maha Melihat dan Maha Mengetahui, sama ada yang nyata atau yang ghaib, yang lahir atau yang batin; sudah pastilah segala 'ujub atau cacat-cedera amal ibadatku kentara kepada-Nya. Bandingannya, cacat-cela kain ini kentara kepadamu yang tahu menilainya"

Dia tertunduk pula. Kesedihan masih tersisa di dalam dadanya. "Kerana kelalaianku, tidak pernah terfikir di benakku tentang ketidak-semprnaan amal ibadatku, kecuali setelah engkau menyatakan ketidak-semprnaan kain ini. Sekarang aku takut amal ibadatku menjadi sia-sia
saja, kerana selama ini rasa ujub, bangga dan rasa puas hati yang telah bersarang di dalam kalbuku terhadap amal ibadatku. Aku bimbang, amal ibadatku rendah mutunya, sama dengan kerendahan mutu kain ini. Itulah yang
menyebabkan aku bersedih dan ...."

Kepalanya tertunduk pula, menahan serangan kesedihan yang kembali memburaikan tangisannya.

Wahai saudara2 ku, marilah kita menambahkan amal ibadah kita padaNya. Perbaikilah niat kita dari masa ke semasa agar amal ibadah kita semata-mata hanya untuk mengharap keredhaan-Nya, insya Allah.
Allahul musta’an.